Saturday, August 28, 2010

MATRIK 10

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang...
Aku akan tetap berusaha untuk melupakan mu sekiranya hanya itulah pengubat kepada sakit ini, aku berusaha dengan sedaya ku mampu sehingga aku tidak punya apa2 rasa terhadapmu, ingat jatuh cinta nie senang?
Saya terkilan dengan kata-kata ini, sedikit sebanyak membuatkan saya banyak berfikir dan mulai terasa bahawa hidup ini agak mencabar, kerana berurusan dengan manusia, yang lama-lama akan menyuburkan rasa cinta dan sayang, namun hanya dgn kesilpan kata-kata bahkan salah tindakan, marah pula menjadi kawan rapat dengan tiba-tiba.
Jangan risau sayang, aku akan berusaha melupakan kamu biar terasa amat perit sekalipun, akan ku buang jauh2 perasaan ini buatmu, cuma ku pinta jangan sesekali pernah merayu kasih dari ku lagi untuk masa hadapan, biar ku cari ganti mu, tidak dapat ku bayangkan perasaan kecewa yang amat hingga makan dan minum ku lupakan, pelajaran ku tinggalkan, tidak ada perasaan simpati dalam diri mu buat ku sayang...jangan juga risau, esok dan esok pula aku akan berusaha untuk bangun seperti tidak ada yang ku kenal, kisah cinta ini akan ku lipat kemas-kemas bersama sejarah semalam buat mu, tidak akan ada rasa dendam dan sakit hati buat mu kerana kasih sayang yang ku berikan untuk mu melebihi rasa sakit ini, janganlah risau sayang, aku amat kasih pada mu, bahkan pasti ku berikan segala yang ada ini buat mu kerana sangat dan terlalu mendalam kasih ku buat mu, namun kau tidak izinkan aku untuk mengetuk pintu hati mu, aku pasrah, untuk ku ubat luka ini biarlah aku sendirian di sini, bersama perasaan ini ku simpan sendiri, untuk yag terakhirnya, aku sayang dan cinta pada mu...
hm....saya menarik panjang nafas ini, saya akui saya bukan sekuat ini untuk menghadapi saat gentar ini, saya berdoa semoga saya akan kuat dan tabah menghadapi ujian seumpama ini.

No comments:

Post a Comment