DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PENGASIH DAN MAHA PENYAYANG...
Hari ini aku mendengar ceramah mp3 yang diberikan olah seorang classmate ku ketika aku sedang meminta siilabus matematik darinya, katanya pada ku.."opi, kalu ko susa2 hati, dgrlah nie, best nie..lucu nie". Dengan tersenyum aku mengiyakan katanya lantas saja fail itu berpindah ke laptop ku. Usai dari kelas hari jumaat lalu, tiada kerja untuk difikirkan. Aku cuba untuk mendengarkan apa yang telah diberikan padanya untuk ku itu. Eya, ternyata sebuah cermaah agama yang disampaikan oleh seorang ustaz dari Indonesia, namun namanya agak kabur kelihatan, ' ustaz as'ad latif barangakali. Di awal bicaranya, beliau menyentuh mengenai hari kelahiran Rasul Junjungan SAW, namun katanya tidak berbicara secara khususnya mengenai baginda semata-mata, namun beliau juga membicarakan beberapa kisah daripada Nabi Allah yang lain untuk diambil pengajarannya. Nyatalah cubaan beliau untuk mengaitkan kisah yang pernag terukir suatu ketka dulu dimatchingkan dengan senario dunia pada masa ini. Aku kagum sekali dengan intonansi suara beliau bahkan bahasa beliau, sungguh bersemangat berani membawakan contoh2 yang hot, ingat lagi katanya " perempuan kalu ada pakaian tidak senonoh, bakar! jangan kasi pada tetangga, nanti berdosa jugak sekali" lebih kurangla macam ini...huhuhu...tapi ada juga beberapa seketika aku tidak mengerti bahasanya mungkin jawa atau indonesia barangkali, sedangkan para pendengar di sana ketwa, aku pula berada di dalam ketidaktahuaan sendirian, sunguh pun begitu aku dapt jua memahami isi ceramahnya secara keseluruhanny...aku bukan seorang pelajar agama yang tegar, aku memilih jalan duniawi sebagai wadah hidup ku, namun bukan bererti aku menolak akhirat, sekadar aku mahu membuktikan bahawa Islam itu istimewa di mata dunia, mungkin akan ada yang sangsi pada agenda yang aku juga cuba untuk pertahankan..argh? jadi guru biasa? bukan ustazah? bahkan keluaran sekolah agama? fikiran ku parasit pada jantung dan hati ku sendiri, sungguh aku kejam memikirkan kata2 itu sendiri, biarlah itu menjadi simpulan dan ikatan yang kuat bagi ku. Aku banyak terkesima dengan ceramah yang disampaikan, eya penuh dengan gelak ketawa, namun itulah contoh sindiran yang baik untuk seorang pendakwah di dalam memnarik minat yang mendengar, semoga ada kelapangan dan kedamaian untuk and semua berpeluang ceramah tersebut. Barulah aku mengerti makanya lucu itu oleh teman itu. a
No comments:
Post a Comment