
Alhamdullilah hari ini saya masih ada kekuatan untuk menekan aksara di note book ini, akhirnya saya sudah menemukan suatu yang sememangnya saya tunggu pada saat ini, saya akhirnya menjumpai perkara yang paling saya sukai...iaitu menulis. Dimensi yang berbeza mungkin akan menemukan kita, adakalanya saya menemukan pelbagai jenis penulis yang melontarkan buah fikiran mereka dalam medium yang amat berbeza antara satu sama lain, bukan mahu mengkritik cuma sekadar mahu berkongsi betapa kagum saya kepada mereka yang memiliki kemahiran ini. Ada yang menggunakan bahasa yang bersahaja, ada pula yang menggunakan bahasa yang bersastera tidak kurang juga yang berundang-undang. Maha Suci Allah di atas penciptaan manusia yang sungguh hebat ini. Teringat saya dengan kata2 ustaz bahasa arab ketika di form 5 dulu, "kalau ada sepuluh orang, maka akan ada 10 karangan yang berbeza" eya..hakikatnya ini benar. Tulisan saya tidak akan sama dengan tulisan anda...itulah uniknYa manusia.