Saturday, March 20, 2010

PELIK

Semakin pelik semakin saya suka, semakin pelik semakin saya mahu, pelik kan? orang cakap pergi ke pantai itu best, tapi pergi ke tasik pun juga best. Masalahnya, saya tidak pernah pergi ke tasik dan tasik pun tidak pernah mengenal saya...pelik kan? hahaha...sungguh pelik bagi orang yang memang pelik macam saya.

Sewaktu saya berada di sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah, satu masalah yang paling utama saya hadapi di dalam bidang penulisan ialah bagaimana untuk memulakan sesebuah jalan cerita terutamanya karangan yang berbentuk cereka atau cerita, mungkin akan bahis 10 minit hanya untuk membuat permulaannya, hakikatnya apabila saya sudah mendapatkan idea pula tangan ini seakan tidak mahu berhenti dari menulis, semua ingin dicernakan apabila buah idea terskrin di otak, berbeza pula dengan karangan yang berbentuk fakta atau sejarah, saya cepat untuk menulis sekiranya ada pengetahuan tentang topik yang diberikab, jika tidak saya tidak bisa menulis, ibaratnya menipu kalau menulis sesuatu fakta yang tidak tepat dan betul. Memang penipu pun, sebelum saya membuka blog sendiri pun, banyak blog2 sahabat yang saya layari. Saya amat bangga dengan sahabat2 ini meskipun mereka tidak mengenali saya dan saya juga tidak mengenali mereka, tetapi bagi saya mereka berjaya membawa sati ideologi baru di dalam membawa kebenaran yang memang Hak dan melontarkan yang batil yang memang batil...apatah lagi meteka bukanlah golongan intelektual yang sedang mengambil pengajian agama, tetapi mampu utuh untuk membawa Islam dalam kehidupan mereka baik dari segi imej masing-masing, perbuatan dan sebagainya. Ada juga saya melihat perubahan demi perubahan yang berlaku di dalam diri masing-masing, sungguh saya teruja!!!
Bukan hendak bersaing siapa hebat di alam maya ini, siapa yang boleh melontarkan idea2 yang bernas...minta sekali dijauhkan...sekadar ingin berkongsi apa yang hak~~~saya tidak punya kekuatan kuasa untuk menegur mana2 perempuan Islam yang tidak menutup aurat kecualilah mereka yang hampir dengan saya, saya tidak punya kekuatan kuasa untuk menegur mana2 lelaki Islam di tempat saya untuk solat berjemaah 5 waktu di surau, bahkan saya juga amat lemah dari sudut berbicara untuk memberi peringatan secara terang kepada mereka yang jauh dari Islam...walaupun begitu bukan menjadi tabiat diri ini juga untuk terus berdiam diri membutakan pandangan, membisukan telinga untuk tidak mahu sama2 menjalankan amal makruf nahi mungkar, lalu saya hanyutkan diri ini di sini dengan harapan dan doa mereka2 yang saya sayangi akan sentiasa menyedari nilai diri masing-masing di sisi Allah swt...