Saturday, February 27, 2010

Keresahan

Kesakitan dan kesengsaraan yang dialui dan dirasakan hanyalah berpuncanya daripada kelalaian hati manusia itu sendiri, ibaratnya di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang maksudnya di dalam badan manusia itu akan seketul darah, maka sekiranya baiknya seketul darah itu akan baiklah seisi badan berserta sifat zahir dan batin, jika lingkupnya seketul hati ini maka akan runtuhlah kecantikan peribadi seorang manusia itu. Menyebut mengenai perihalnya hati, kadangkala sifat dan peribadi sebenar tidak dapat dicernqakan oleh penampilan yang datangya secara zahir, tetapi boleh juga dirasai akan ketidakjujuran seseorang terhadap diri kita, mungkin ini terjadi lantaran pernah menyakiti hati orang tadi secara terang mahupun kabur.Susah untuk memperkatakan soal ini, itulah kadangkala saya mengambil langkah untuk berdiam seketika untuk menempiaskan segala yang ada di dalam kepala otak ini, melenyakan segala perasaan riyak dan ujub pada diri serta berusaha menanamkan sifat sangka baik pada tiap kejadian yang berlaku...

No comments:

Post a Comment