Saturday, February 27, 2010
Keresahan
Kesakitan dan kesengsaraan yang dialui dan dirasakan hanyalah berpuncanya daripada kelalaian hati manusia itu sendiri, ibaratnya di dalam sebuah hadis Nabi Muhammad saw yang maksudnya di dalam badan manusia itu akan seketul darah, maka sekiranya baiknya seketul darah itu akan baiklah seisi badan berserta sifat zahir dan batin, jika lingkupnya seketul hati ini maka akan runtuhlah kecantikan peribadi seorang manusia itu. Menyebut mengenai perihalnya hati, kadangkala sifat dan peribadi sebenar tidak dapat dicernqakan oleh penampilan yang datangya secara zahir, tetapi boleh juga dirasai akan ketidakjujuran seseorang terhadap diri kita, mungkin ini terjadi lantaran pernah menyakiti hati orang tadi secara terang mahupun kabur.Susah untuk memperkatakan soal ini, itulah kadangkala saya mengambil langkah untuk berdiam seketika untuk menempiaskan segala yang ada di dalam kepala otak ini, melenyakan segala perasaan riyak dan ujub pada diri serta berusaha menanamkan sifat sangka baik pada tiap kejadian yang berlaku...
Thursday, February 11, 2010
MATRIK 2
menjadi seorang Pemimpin bukanlah perkara yang mudah dan senang untuk diambil peduli, namun begitu ini tidak perlu menjadi alsan kepada kita untuk menolak apa2 jawatan yang diberikan samada di peringkta sekolah atau pengajian tinggi. Namun realitinya, rata2 anak muda pada masa kini kian luntur dan lenyap semangat untuk menerajui sesebuah jentera kepimpinan yang hendak diberikan kepada mereka, dengan alsan tidak mampu, tidak layak, tidak sempurna...dan sebagainya, pembagai alasan demi alasan yang tercipta oleh akal yang cetek oleh lidah yang lemah serta fizikal yang malas. Pun begitu juga pada mereka yang telah diberikan tanggungjawab untuk memimpin juga tetap merasa dialah memiliki kuasa untuk segalanya, amanah yang diberikan, kepercayaan yang disinarkan, ketulusan jiwa dan keyakinan hati yang dicernakan tetap dirobek sama sekali atas desakan hawa nafsu yang melampau...seorang pemimpin yang baik akan membuat pertimbangan dengan sejelasnya tanpa akan ada berlakunya sebarang bentuk keraguan atau salah laku akhlak seperti rasuah atau pecah amanah...contoilah sifat seperti Saidina Umar Al-Khattab di dalam menerajui kepimpinan pada saat beliau menjadi khalifah kedua...ketegasan beliau sangat jelas dapat dilihat apabila beliau melarang anaknya menggunakan minyak tanah yang dimilki oleh penduduk mekah pada ketika itu, baginya dia lebih rela membiarkan keluarganya tidak berlampu semalam daripada menjadi penghuni neraka buat selamanya...renung2kan...
tahniah saya ucapkan kepada semua wakil JPP IPG kAMPUS kENT yang te;ah terpilih, sesungguhnya warna warni IP ini terletak pada diri kalian semua, semoga Allah swt akan mempermudahkan segala urusan kalian selama berkhidmat untuk IP yang tercinta ini...
tahniah saya ucapkan kepada semua wakil JPP IPG kAMPUS kENT yang te;ah terpilih, sesungguhnya warna warni IP ini terletak pada diri kalian semua, semoga Allah swt akan mempermudahkan segala urusan kalian selama berkhidmat untuk IP yang tercinta ini...
Tuesday, February 9, 2010
hati Ini Milik Mu
Pengalaman kehidupan pada hari ini membuatkan aku banyak berfikir tentang banyak perkara, dari episod awal sehinggalah akhir larut malam. Membuatkan akalku bangun seketika, fizikal ku bangun terjerat. Kuliah awal pagi bersama dengan Cikgu Nazri untuk subjek PBDT memberi aku pelbagai satu ribu rasa yang berbeza untuk sukar bagi aku mengertikan sendiri bagaimana rasanya takjub melihat seorng guru sanggup melakukan pengorbanan yang sebenarnya jauh daripaa apa yang sepatutny hanya untuk seorang manusia yang bergelar murid. Kuliah beliau banyak mmebri aku dorongan untuk mengajar di sekolah pedalaman memandangkan pelbagai kekurangan yang masih wujud sungguhpun Menara KLCC meninggi melangit. Bagaimanakah perasaan seorang murid yang datangnya daripada keluarga yang agak kureng dan bermasalah tetapi menghadapi masalah juga ketika berada di sekolah, di mana peranan guru yang terlibat di dalam membangkitkan rasa motivasi di dalam diri murid itu...ahh...aku terasa terlalu ceteknya ilmu ku pada saat itu, terlalu rapuhnya iman ku untuk berada di dalam suatu kondisi yang mencabar sebegitu..melihat ada saudara seagama u terus tercicir di dalam kemiskinan dan kebodohan...terus jahil dengan dunia pemodenan bahkan terus tidak pernah berjaya mengenal sang Murabbi dengan sepenuhnya...
apapun aku juga punya harapan dan impian untuk melihat zuriat waris umat Muhamaad saw terus berjaya untuk mampu membaca, menulis dan mengira...
ya ALLAH kuatkan aku dengan segala ujian yang mendatang ini...
apapun aku juga punya harapan dan impian untuk melihat zuriat waris umat Muhamaad saw terus berjaya untuk mampu membaca, menulis dan mengira...
ya ALLAH kuatkan aku dengan segala ujian yang mendatang ini...
Subscribe to:
Posts (Atom)